KENANGAN LALU..

Sunday, April 25, 2010

LAWATAN KE PENJARA KAJANG

Mahasiswa Universiti Kuala Lumpur Malaysian Institute of Chemical & Bioengineering Technology (UniKL MICET) telah menyertai lawatan ke penjara Kajang baru-baru ini. Lawatan ini disertai oleh 25 orang pelajar ahli Kelab Explorasi UniKL MICET bersama-sama seorang pegawai HEMs iaitu En Taufiq Bin Ghani.


Antara aktiviti yang dilakukan sepanjang lawatan ini ialah mengikuti slot ceramah yang dianjurkan oleh Jabatan Penjara, penerangan tentang hukuman yang dijalankan, penjelasan mengenai hukuman sebatan dan hukuman gantung serta jenis-jenis kesalahan jenayah dan hukuman penjara. Mahasiswa diberikan layanan yang baik serta dapat merasai kehidupan di dalam penjara.

Menurut presiden Kelab Explorasi, Fatin Syaheera Binti Yahya, lawatan ini yang julung-julung kalinya diadakan oleh mahasiswa UniKL telah memberi kesedaran kepada mahasiswa tentang kesulitan yang dialami apabila bergelar sebagai seorang banduan mahupun bekas banduan. Justeru itu, lawatan ini telah memberi impak yang besar agar mahasiswa meneruskan pengajian di jalan yang benar tanpa melibatkan diri dengan sebarang masalah jenayah seperti masalah dadah dan kes pembuangan bayi yang kini sedang berleluasa.


Pegawai Penjara Kajang, En. Solehhudin Hanafi berkata untuk kes pembuangan bayi, pesalah akan menerima hukuman sebatan dan hukuman penjara. Menurutnya lagi, penagih dadah juga berdepan dengan hukuman sebatan dan hukuman gantung sampai mati jika memproses dan mengedar dadah. Dalam satu slot ceramah juga, salah seorang banduan telah menceritakan pengalamannya berada di penjara selama lebih 10 tahun dan hukuman sebatan rotan yang dialami serta keperitan akibat terjebak dengan dadah.


Lawatan ini diakhiri dengan sesi fotografi dan lawatan ke galeri penjara yang turut menjual barangan yang dihasilkan oleh banduan penjara. Objektif lawatan ini telah berjaya dicapai iaitu untuk memberi keinsafan serta kesedaran tentang bahayanya apabila terjebak dengan jenayah dan masalah dadah.

Tuesday, April 13, 2010

SUKARELAWAN TURUN DESA KE PULAU REDANG


Pengambilan peserta untuk program Sukarelawan Turun Desa ke Pulau Redang kini dibuka. Sila layari page group kelab Explorasi (facebook) untuk maklumat lanjut.


Sukarelawan Turun Desa.. The places are limited! Only for 60 person. Fees: RM100 (student unikl micet), RM150 (student lain/luar).. This program is similar to wawasan desa rakan muda (Machap, Melaka). Program anak angkat, scuba diving, snorkeling,menuju puncak (akademik),explorasi laut,explorasi isle,menuju puncak (english), malam budaya dan bbq. Deposits are required for booking place (RM50). Please contact Nabilah upon registration: 0192092230 or Fatin 0176221058.