KENANGAN LALU..

Thursday, February 18, 2010

KEMSAK [Kembara Sahsiah, Akademik & Kebajikan]

Bertempat di Kampung Janda Baik, Bentong Pahang, Kelab Explorasi UniKL MICET (Malaysian Institute of Chemical and Bioengineering Technology) telah mengadakan program KEM.S.A.K. (Kembara Sahsiah, Akademik dan Kebajikan) pada 13-15 Februari 2010. Program ini telah disertai seramai 40 orang mahasiswa UniKL MICET yang juga merupakan ahli Kelab Explorasi dan aktiviti ini diadakan pada pertengahan cuti semester. Program ini juga disertai oleh dua pengiring iaitu En Syed Azhar b Syed Abd Rahman (Penasihat Kelab Explorasi)serta En Taufiq b Abdul Ghani (Pegawai HEMs).

Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah ceramah keagamaan dan kerohanian, sesi akademik, ekspedisi menjejaki air terjun 7 tingkat, sesi pemantapan minda, kembara malam. Pada hari terakhir program, aktiviti yang dijalankan bersama anak-anak yatim di rumah Badan Amal Nur Zaharah, Janda Baik, Pahang adalah sukaneka, sesi akademik dan program adik angkat di antara peserta program dan anak-anak yatim. Sumbangan turut disampaikan oleh En Syed Azhar b Syed Abd Rahman mewakili sumbangan yang diperolehi daripada warga UniKL MICET.

Menurut presiden Kelab Explorasi; Fatin Syaheera Bt Yahya, program seperti ini merupakan aktiviti yang bukan sahaja dapat meningkatkan daya interaksi bersama orang luar tetapi juga untuk melatih dan memberi pengetahuan tentang ilmu kehidupan di samping membuat kebajikan bersama golongan yang memerlukan. Pengarah program KEM.S.A.K; Wan Mohd Azmir turut berpendapat, aktiviti seperti ini telah meningkatkan semangat berpasukan dan meningkatkan prestasi akademik selain menimba ilmu pengetahuan yang dipelajari dari alam semulajadi.

Di akhir program ini, Kelab Explorasi telah menyatakan persetujuan untuk bekerjasama bersama warga penduduk kampung Janda Baik untuk mengadakan aktiviti sebegini pada masa hadapan. Selain itu, satu persetujuan telah dibincangkan bersama wakil rumah Badan Amal Nur Zaharah untuk mengadakan aktiviti-aktiviti seperti ini lagi pada masa hadapan.

Wednesday, February 10, 2010

TSHIRT XPLORASI DIPASARAN,DAPATKAN SEGERA!!!!!


SALAM HORMAT,TSHIRT EXPLORASI BERADA DIPASARAN SEKARANG...UNTUK MAKLUMAT LANJUT DAN PEMBELIAN , SILA HUBUNGI FATIN@ 0176221058
Posted by Picasa