KENANGAN LALU..

Thursday, December 31, 2009

PROGRAM KEMASKINI DATA AHLI KELAB EXPLORASI

SALAM XPLORASI,SALAM 1 MALAYSIA,

KAMI SEDANG MENGEMASKINI MAKLUMAT AHLI KELAB EXPLORASI BAGI TAHUN 2010 BAGI MENGENALPASTI JUMLAH SEBENAR AHLI KELAB EXPLORASI UNIKL MICET.PROGRAM INI AKAN BERJALAN MULAI 1 JANUARI 2010 HINGGA 31 JANUARI 2010. SEMUA AHLI-AHLI BERDAFTAR DIMINTA MEMENUHKAN MAKLUMAT DIRUANGAN YANG DISEDIAKAN.TERIMA KASIH


Wednesday, December 30, 2009

GALERI EXPLORASI

HUBUNGI KAMI

TAKWIM XPLORASI

DAPATKAN MAKLUMAT MENGENAI AKTIVITI AKAN DATANG DISINI


KURSUS ASAS KAYAK 1 & 2

Kelab Explorasi UniKL MICET merupakan sebuah kelab yang ditubuhkan bertujuan untuk menggalakkan pelajar menyertai aktiviti riadah dan lasak. Selain itu, ianya merupakan satu wadah kepada para pelajar untuk terlibat aktif di dalam aktiviti berpersatuan. Selain bertujuan untuk menyemai kesedaran terhadap alam sekitar, kebanyakan aktiviti yang dirancang adalah untuk membina semangat setiakawan, kerja berpasukan, mengenengahkan bakat kepimpinan dan apa yang paling penting adalah untuk mengcungkil bakat terpendam bagi setiap pelajar. Sehubungan dengan itu, Kelab Explorasi UniKL MICET telah menganjurkan satu Kursus Asas Kayak Tahap 1 dan 2 pada 30 Mac hingga 1 Februari 2009 yang lepas. Matlamat utama kursus ini diadakan adalah untuk memberi peluang kepada pelajar mempelajari teknik-teknik berkayak dengan betul dan seterusnya memahirkan diri di dalam aktiviti berkayak ini.


OBJEKTIF

Tujuan penganjuran kursus kayak ini adalah seperti berikut:

  1. Melahirkan mahasiswa dan mahasiswi yang aktif di dalam sukan rekreasi
  2. Memupuk semangat setiakawan dan kerjasama sesama ahli kelab.
  3. Mencungkil bakat di kalangan pelajar supaya ianya boleh diketengahkan ke peringkat seterusnya.
  4. Membina keyakinan diri terutama bagi aktiviti-aktiviti yang melibattkan 'water confident'.
  5. Mempelajari teknik-teknik mendayung, keselamatan, mengimbang badan semasa berkayak dan penyelamatan di air (water rescue).
  6. Merupakan satu langkah yang terbaik untuk pemilihan pelajar yang berpotensi ke Karnival Sukan Siswa UniKL 2009.

SEJARAH PENUBUHAN KELAB EXPLORASI

Kelab Explorasi UniKL MICET telah ditubuhkan pada tahun 2007. Penasihat Kelab Explorasi ialah Ustaz Wan Kamarulzaman Wan Abd Aziz. Manakala presiden Kelab Explorasi yang pertama ialah Ahmad Maznan B. Madon dan dibantu oleh timbalannya iaitu Adam B Kamarullail untuk sesi Januari 2007-Julai 2007. Pada tahun pertama penubuhannya, kelab ini mempunyai ahli seramai 50 orang. Antara program pertama yang telah dijalankan iaitu Malam Seribu Bintang.

Kelab Explorasi seterusnya diterajui oleh Presiden iaitu Ahmad Fadzil Rosedi dan dibantu timbalannya iaitu Zalina Ahmad untuk sesi Julai 2007- September 2007. Manakala penasihat kelab ialah En. Muzzafar Shah. Kelab ini berjaya menambah bilangan ahli seramai 75 orang. Antara program yang telah dijalankan ialah Paintball Closed UniKL Challenge 2007.

Pada September 2007, Presiden Kelab Explorasi terpaksa melepaskan jawatannya dalam Kelab Explorasi kerana mempunyai komitmen lain iaitu menjawat jawatan Presiden Jawatankuasa Perwakilan Mahasiswa (JPM) UniKL MICET. Kelab ini diteruskan dan diterajui oleh Muhammad Azim Nazri sebagai presiden dan dibantu oleh Lisanuddin Othman sebagai timbalannya untuk sesi September 2007-Jun 2009. Manakala penasihat Kelab Explorasi ialah En Syed Azhar b Syed Abd Rahman. Kelab ini menambah bilangan ahli kepada seramai 275 orang. Antara program yang telah dijalankan adalah Popcorn@ micet, Paintball merdeka challenge, Gotong Royong mengecat kubur di Taboh Naning, Kursus "smart leader camp 1" Air terjun Jerangkang, Kursus "smart leader camp 2" sg pandan, Explorace UniKL MICET, Kursus Asas Kayak 1, Program anak angkat Wawasan Desa dan Pertandingan Bowling Piala Pusingan Penasihat.

Sejak Julai 2009 hingga kini, Kelab Explorasi diketuai oleh Penasihat Kelab Explorasi ialah En Syed Azhar b Syed Abd Rahman dan diterajui oleh Fatin Syaheera Bt Yahya sebagai presiden dan dibantu oleh Mohd Iskandar Fakruddin sebagai timbalan. Kelab ini berjaya menambah lagi ahli seramai 150 orang. Antara program yang telah dijalankan ialah Program Rakan Muda Wawasan Desa anjuran UiTM dan Rakan Muda, Program Berbuka Puasa dan Beramah Mesra di Rumah Sri Kenangan Cheng, Majlis Malam Apresiasi Explorasi di Hotel Avillion Legacy dan Smart Leader Camp 3 di Sungai Pelangi, Pahang. Semoga dengan peralihan kuasa yang silih berganti tidak akan mematahkan semangat dan akan diteruskan dengan aktiviti-aktiviti untuk mengembalikan "Campus Life" di UniKL MICET selain menyediakan platform untuk mengembangkan bakat dan ilmu di luar waktu pembelajaran agar dapat melahirkan graduan yang bukan sahaja mendapat kecemerlangan dalam bidang akademik bahkan dapat membentuk peribadi berketrampilan dalam apa jua bidang yang diceburi.