KENANGAN LALU..

Thursday, January 21, 2010

KEMASKINI DATA:PILIHAN ALTERNATIF

BAGI YANG MASIH BELUM MENGEMASKINI DATA KEAHLIAN ANDA,

PILIHAN PERTAMA:
SILA KE GROUP EXPLORASI MENGGUNAKAN LINK YANG DISEDIAKAN DI LAMAN UTAMA BLOG INI,PILIHAN ALTERNATIF DISEDIAKAN UNTUK MEMUDAHKAN PROSES KEMASKINI DATA KEAHLIAN.

PILIHAN KEDUA:
SMS NAMA*NO.MYKAD*ID*EMEL CONTOH: ALI B ABU*734685089223*55213789564*ali@yahoo.com DAN HANTAR KE 019-3230991


TERIMA KASIH

Sunday, January 3, 2010

SMART LEADER CAMP 3

Pembentukan identiti generasi muda yang positif dan berkepimpinan serta produktif amat penting dalam menjamin kecekapan dan kemajuan sesuatu organisasi.Oleh itu, bagi memantapkan lagi sistem organisasi Kelab Explorasi UniKL MICET, para ahli jawatankuasa yang lama dan yang tertinggi dalam Kelab Explorasi UniKL MICET, telah merangka dan menganjurkan satu program Smart Leader Camp pada 16-18 Oktober 2009 untuk disertai oleh ahli jawatankuasa baru dan ahli jawatankuasa pelapis Kelab Explorasi UniKL MICET yang bertemakan “Ke Arah Pembentukan Mahasiswa Yang Progresif dan Berpengetahuan”. Program Smart Leader Camp ini merupakan kali ketiga dianjurkan. Program ini juga merupakan aktiviti tahunan Kelab Explorasi UniKL MICET setiap kali terdapatnya perlantikan baru dalam struktur organisasi kelab dan diwajibkan kepada setiap ahli jawatankuasa baru dan ahli jawatankuasa pelapis kelab.

Melalui program ini, penekanan akan bertumpu kepada aspek kerjasama berkumpulan, kepimpinan dan penerapan nilai-nilai murni yang dominan dalam diri setiap individu supaya mereka dapat memberi sumbangan yang positif dan cemerlang dalam pembangunan kelab mahupun masyarakat sekitar. Program ini adalah bertujuan untuk melahirkan pemimpin-pemimpin yang berkualiti dalam kepimpinan dan berani untuk membuat keputusan yang betul dan tepat serta mampu memikul tanggungjawab seterusnya melaksanakannya dengan penuh amanah bagi memantapkan lagi kejayaan kelab.

Untuk program Smart Leader Camp kali ini yang bertempat di Air Terjun Pelangi, Gunung Tapis, Kuantan Pahang, ianya adalah diketuai oleh Saudari Izaidah Jamaludin dan dibantu oleh Saudari Nuur Ain Ashikin sebagai Timbalan Pengarah Program, Saudari Haslinda Ab. Rahman sebagai Setiausaha, Saudara Lisanuddin Othman Sabar sebagai Bendahari dan Saudara Nazrul Fitri Azli sebagai Ketua AJK. Kelima-lima AJK ini secara automatiknya diserap menjadi urusetia program oleh Majlis Belia & Sukan Negeri Pahang. Program ini telah disertai oleh seramai 30 orang peserta dan 2 orang pengiring yang terdiri dari pensyarah dan juruteknik UniKL MICET.

Sebagainya kesimpulannya, program ini berjaya dilaksanakan mengikut jadual yang telah dirangka dan telah berjaya mencapai matlamat utama program ini. Walaupun pada mulanya progam ini banyak menghadapi masalah terutamanya dari segi masa. Jadual terpaksa diubah saat-saat akhir kerana para peserta terpaksa menghadapi cabaran hujan yang lebat setibanya di jalan masuk hutan simpan pada malam hari. Para peserta terpaksa menaiki lori selama 4 jam dan bermandikan air hujan meredah kepekatan malam yang sejuk untuk menuju ke tapak perkhemahan. Oleh kerana hujan yang sangat lebat, pada malam itu para peserta terpaksa berkhemah di tapak perkhemahan yang lain. Ini adalah kerana lori yang para peserta naiki tidak dapat meneruskan perjalanan kerana jalan yang terlalu bahaya dan licin dek kerana hujan yang lebat. Walaupun ada sedikit perasaan risau dan gemuruh, namun semua peserta mengagumi kecekapan renjer-renjer dan pihak urusetia menguruskan masalah. Rata-rata peserta berasa berpuas hati dan menganggap aktiviti kali ini adalah yang paling mencabar dalam hidup mereka. Mereka juga amat gembira dan seronok tatkala melihat dan menyaksikan keindahan Air Terjun Pelangi yang begitu mengagumkan.

Program ini juga telah berjaya mencapai matlamatnya untuk membentuk keperibadian mahasiswa dengan ciri-ciri kepimpinan yang lebih matang dan juga boleh menjadi ‘Role Model’ yang mempunyai motivasi yang tinggi, kekuatan mental serta fizikal, sanggup menempuh sebarang halangan, dugaan, cabaran serta tekanan dan boleh membuat keputusan yang tepat dalam apa jua situasi serta berupaya untuk memantapkan lagi keyakinan dalam diri, pembentukan sahsiah sebagai seorang pemimpin yang berlandaskan nilai-nilai murni yang dituntut oleh agama.

Apa yang lebih menggembirakan para peserta kali ini adalah, pihak Majlis Sukan & Belia Negeri Pahang akan menjemput peserta menjadi fasilitator untuk program Rakan Muda yang akan datang.